Sunday, 4 February 2018

Tree For Future ( Projek Pertanian Fertigasi Penanaman Cili )

Assalamualaikum & Selamat bercuti di hujung minggu. Harini sis nak share dengan korang tentang Projek Pertanian yang telah ditubuhkan oleh kolej sis iaitu Kolej Uniti Port Dickson. Projek ini lebih dikenali dengan nama ' Tree For Future '. Setakat ni, ladang yang paling besar adalah ladang cili selain ladang jambu dan lain - lain. 







 Kalau korang nak tau , projek ni bagus sebab dia membuka peluang pekerjaan kepada student uniti sendiri..  sesi kerja dia, ada sesi pagi dan juga petang.. kalau student yang takda kelas pagi boleh kerja sesi pagi. Kerja dia pulak, memetik cili .. petik cili ni biasa lelaki perempuan pon boleh.. tapi biasanya perempuan sebab yang lelaki akan diberi kerja berat sikit macam meracun..' Upah dia dikira ikut jam ...  1 jam RM 4.00.. ' , menurut kata Vio . Vio merupakan pelajar Uniti Sem 3 Dpih , dia merupakan pelajar antarabangsa di sini.





                     ( Vio sedang memetik cili di ladang cili Kolej Uniti )



 Katanya lagi , gaji mereka akan di masukkan dan boleh di ambil di pejabat pentadbiran Kolej Uniti . Tambahan lagi, katanya Pihak kolej akan menaik taraf cara pembayaran gaji yang akan  dimasukkan ke dalam akaun pekerja. Data kehadiran pekerja juga diambil untuk memudahkan lagi pembayaran atau gaji yang bakal diorang terima.. Haaa.... Gitu lah..





                                        
                     ( sis turun padang pergi tengok tapak projek ecewah gitu )





 ( sis sempat menyelit ambil gambar semasa mereka mengambil keperluan mereka) 





 Projek ni mendapat tempat lah di hati student sebab yelah, boleh buat kerja part time kan.. Walau panas pon diorang kerja untuk tampung belanja diorang dekat sini.. dekat sini jugak pekerja baru akan diberi taklimat dulu sebelum kerja.. cara petik cili, racun apa yang perlu guna , tanah apa yang digunakan dan baja apa yang akan digunakan.. 




( petik jangan tak petik )





                                      
                       ( Pengurus ladang memberi arahan kepada pelajar )




 Pada 27 Januari 2018 Kunjungan Tuan Mat Iesak bin Ngantinee, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan ke kebun cili kami membuatkan semangat  para pelajar semakin berkobar-kobar. Terima kasih Jabatan Pertanian Daerah Port Dickson kerana sentiasa mengambil berat pada semua projek pertanian Kolej Uniti.




 Diorang juga bermula dengan semaian anak benih sampai la memetik cili.. Kolej uniti juga bukak untuk sumbangan  projek penanaman cili untuk pendidikan anak - anak fakir miskin .. sumbangan tu berbentuk  RM 10.00 untuk satu benih cili sebagai kos penanaman. Hasil daripada itu akan disumbangkan kepada yang tak berkemampuan.



               
                     ( contoh penyumbang (RM10.00 ) untuk anak benih )









 Kebaikan projek ni, kita dapat tambah kemahiran pelajar Uniti sendiri.. yelah, petik cili pon ada caranya.. meracun pon bukan suka- suka nak guna racun kan.. lepastu kalau dah mahir dalam sesuatu kerja tu , akan dapat sijil fertegasi. Jadi, sebenarnya banyak je kebaikan projek ni. Projek ni dapat membantu pelajar dari segi kewangan dan kemahiran.Selain tu, dapat bantu orang yang tak berkemampuan. Dapat lah kita gandakan amal jariah kita.. yedok?  oklah sis belanja sikit video sis di tapak projek.




No comments:

Post a Comment

SEMESTER BARU , CABARAN MENTALITI BARU?

Hallo guys! 😁lama menyepi. ok sis dah naik sem baru tau 😇!! now sis dah sem 3. InshaAllah halfway dah! Naik sem baru dengan cabaran s...