Tuesday, 20 February 2018

Apa Itu Uniti Brick?







Hai assalamualaikum semua, sis kembali beraksi untuk sekelian kalinya.  haa tula video sis melawat kawasan projek Uniti Brick.Malam ni sis nak share pasal Uniti Brick. Sebenarnya sis pon tak tahu sangat pasal Uniti Brick ni, jadinya sis dengan kawan- kawan sis pergilah tapak projek tu.

 
Projek ni dah mula setahun yang lalu. Anggaran projek ni siap dalam masa dua tahun. Buat masa ni 7 buah rumah dah berdiri teguh.



Bajet bagi projek ni sebanyak RM 300 K, pekerja seramai 30 orang .. satu rumah tu memerlukan masa dua bulan untuk siap.. satu rumah tu kadang-kadang memerlukan 10-20 orang pekerja.
Menurut pekerja dekat situ , sumber batu bata tu la projek Uniti Bricks. Batu bata tu macam legoo, sebab tu memudahkan pekerja untuk cantum batu bata tu .

Satu rumah tu boleh memuatkan 10-20 orang pelajar... jangkaan diorang 2021 dah siap lah rumah untuk pelajar duduk. Keistimewaan projek kalini ialah batu bata yang digunakan. Mudah dan cepat la.. tak perlu lagi macam batu bata biasa.. Zaman sekarang kan dah modern so, kecanggihan teknologi semua untuk menjimatkan masa kita..  Pekerja situ jugak cakap, kadang - kadang diorang ambik ot sebab waktu kerja diorg 8 pagi sampai 7 malam je.. kadang tu diorang ot malam lah.. menurut diorang kerja malam lagi laju .. yelah faktor cuaca sekarang ni yang sangat panas jadi diorang ni lebih selesa buat kerja malam.. oklah sampai sini je perkongsian kita. Selamat malam warga Uniti tercinta .



Love,
Sis A'ina

Thursday, 8 February 2018

Sajak : Matahari

 Matahari,
Pagi - pagi sudah menyinari,
hidup sang insani.


Matahari,
Kadang digelar sang mentari,
Saat engkau terbit tinggi.

Matahari,
Kau umpama nyawa,
Untuk setiap tumbuhan dan bunga,
Seperti juga manusia,
Memerlukan engkau sebutuhnya.

Matahari, 
Indahmu seperti jambu,
Bila terkena cahayamu,
Ronanya merah menusuk kalbu.

Matahari,
Kau sebagai penyuluh segenap bumi, 
Tiba masa kau hilang ditelan langit,
Dan munculnya awan serta pelangi,
Di balik air terjun yang indah di hati.

Matahari,
Bila engkau terbit kembali,
Semua burung berkicauan riang lagi,
Gajah dan rusa membersihkan diri,
Untuk meneruskan kembara ekspedisi.

Matahari,
Peranan mu banyak sekali,
Jangan sesekali kau hilang lagi,
Andai tuhan menarikmu kembali,
Gugur badan dicerai bumi.

Sunday, 4 February 2018

Tree For Future ( Projek Pertanian Fertigasi Penanaman Cili )

Assalamualaikum & Selamat bercuti di hujung minggu. Harini sis nak share dengan korang tentang Projek Pertanian yang telah ditubuhkan oleh kolej sis iaitu Kolej Uniti Port Dickson. Projek ini lebih dikenali dengan nama ' Tree For Future '. Setakat ni, ladang yang paling besar adalah ladang cili selain ladang jambu dan lain - lain. 







 Kalau korang nak tau , projek ni bagus sebab dia membuka peluang pekerjaan kepada student uniti sendiri..  sesi kerja dia, ada sesi pagi dan juga petang.. kalau student yang takda kelas pagi boleh kerja sesi pagi. Kerja dia pulak, memetik cili .. petik cili ni biasa lelaki perempuan pon boleh.. tapi biasanya perempuan sebab yang lelaki akan diberi kerja berat sikit macam meracun..' Upah dia dikira ikut jam ...  1 jam RM 4.00.. ' , menurut kata Vio . Vio merupakan pelajar Uniti Sem 3 Dpih , dia merupakan pelajar antarabangsa di sini.





                     ( Vio sedang memetik cili di ladang cili Kolej Uniti )



 Katanya lagi , gaji mereka akan di masukkan dan boleh di ambil di pejabat pentadbiran Kolej Uniti . Tambahan lagi, katanya Pihak kolej akan menaik taraf cara pembayaran gaji yang akan  dimasukkan ke dalam akaun pekerja. Data kehadiran pekerja juga diambil untuk memudahkan lagi pembayaran atau gaji yang bakal diorang terima.. Haaa.... Gitu lah..





                                        
                     ( sis turun padang pergi tengok tapak projek ecewah gitu )





 ( sis sempat menyelit ambil gambar semasa mereka mengambil keperluan mereka) 





 Projek ni mendapat tempat lah di hati student sebab yelah, boleh buat kerja part time kan.. Walau panas pon diorang kerja untuk tampung belanja diorang dekat sini.. dekat sini jugak pekerja baru akan diberi taklimat dulu sebelum kerja.. cara petik cili, racun apa yang perlu guna , tanah apa yang digunakan dan baja apa yang akan digunakan.. 




( petik jangan tak petik )





                                      
                       ( Pengurus ladang memberi arahan kepada pelajar )




 Pada 27 Januari 2018 Kunjungan Tuan Mat Iesak bin Ngantinee, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan ke kebun cili kami membuatkan semangat  para pelajar semakin berkobar-kobar. Terima kasih Jabatan Pertanian Daerah Port Dickson kerana sentiasa mengambil berat pada semua projek pertanian Kolej Uniti.




 Diorang juga bermula dengan semaian anak benih sampai la memetik cili.. Kolej uniti juga bukak untuk sumbangan  projek penanaman cili untuk pendidikan anak - anak fakir miskin .. sumbangan tu berbentuk  RM 10.00 untuk satu benih cili sebagai kos penanaman. Hasil daripada itu akan disumbangkan kepada yang tak berkemampuan.



               
                     ( contoh penyumbang (RM10.00 ) untuk anak benih )









 Kebaikan projek ni, kita dapat tambah kemahiran pelajar Uniti sendiri.. yelah, petik cili pon ada caranya.. meracun pon bukan suka- suka nak guna racun kan.. lepastu kalau dah mahir dalam sesuatu kerja tu , akan dapat sijil fertegasi. Jadi, sebenarnya banyak je kebaikan projek ni. Projek ni dapat membantu pelajar dari segi kewangan dan kemahiran.Selain tu, dapat bantu orang yang tak berkemampuan. Dapat lah kita gandakan amal jariah kita.. yedok?  oklah sis belanja sikit video sis di tapak projek.




Thursday, 1 February 2018

" Rendang Daging? "

Assalamualaikum & salam sejahtera untuk semua pembaca blog sis yang sis hormati. Oklah disebabkan penulisan entri pengenalan diri sis agak formal sebab sis guna ayat baku- baku je kan ... so mulai sekarang korang boleh panggil sis , Sis Aina je...  sebab dah melalut banyak sangat kita mulakan penulisan entri kedua kita. 







 

" Rendang Daging ?" kenapa dengan rendang daging eh sis? tak adalah, sis suka tau rendang daging ni.. lagi lagi kalau raya... raya apa- apa jelah raya aidilfitri ke...raya haji ke.. tak raya pon kadang-kadang buat je rendang.. korang semua suka rendang tak? korang suka rendang daging atau rendang ayam ? sis aina lebih suka daging sebab manis daging tu, lagipun kalau rendang ayam kalau kita terlalu lama masak.. ayam tu akan terlampau empuk dan hancur.. tapi kalau daging, MasyaAllah sedap dia tak terkata lagi- lagi kalau pekena dengan nasi impit . Nasi impit ni sama legend la dengan ketupat , cuma ketupat ni tak semua orang rajin anyam... jadi jalan penyelesaian nya beli je nasi impit ... mudah dan cepat. 






Pelengkap untuk rendang dan nasi impit ni kuah kacang lah... apa lagi kan? tapi based on individu tu lah, ada yang suka makan dengan rendang je , ada jugak yang tambah dengan kuah kacang.. macam sis , sis suka tambah kuah kacang .. fuh!! memang jilat jari beb. ( hadui tiba-tiba lapar pulak time khusyuk menaip ni) kawan sebelah pon lapar ni haa sebab dok tengok gambar makanan je dari tadi.. maaf raaa... hahahah! 





tulah, dah duduk jauh ni teringat pulak masa raya dulu... hehehe (nampak tak sis homesick sebenarnya) ... ada jugak sesetengah orang suka makan dengan kuah lodeh. nyum nyum! betul lapar ni..hehe .. 



  
(lodeh hai mak lodeh , lodeh anak mat salleh)

hentam jela nak.. ok .. balik kepada niat asal kita rendang daging. Rendang daging ni semua lapisan umur suka (jangan la pulak baby tu bagi makan.. tercekik la dia -_-) , adik..makcik , pakcik, atok, nenek, emak, ayah, kakak dan lain-lain memang akan suka rendang.. Rendang ni jugak banyak jenis tau ade rendang tok , rendang ayam minangkabau dan sebagainya.. ok lah, sampai disini saja bebelan sis pada malam ini. kita jumpa di entri yang lain pada waktu yang..??? tak sama .. sebab mood menaip ni lama nak datang dan menjelma.. sebelum sis mengundur diri , meh sis share sikit resepi rendang daging.. Selamat Mencuba !!! 


Rendang Daging Sedap Giler
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 kg daging 
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu makan kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan  gula

Bahan A
8 biji bawang merah - tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
 2 sudu makan ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu makan jintan manis - sangai
1 sudu makan  jintan putih - sangai

Cara cara:
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.

Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak mencukupi. Jika kurang bahan bahan tumis tidak cukup masak.

Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.

Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya.



***Tips.
1) Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama.

2) Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.

3) Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu.

4) Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya.

5) Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut.

6) Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar (bulat).

7) Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin.




SEMESTER BARU , CABARAN MENTALITI BARU?

Hallo guys! 😁lama menyepi. ok sis dah naik sem baru tau 😇!! now sis dah sem 3. InshaAllah halfway dah! Naik sem baru dengan cabaran s...