A'ina Syaqira nama yang telah diberi oleh kedua ibu bapa saya. Bapa saya bernama Subhan Bin Sulaiman. Beliau berumur 42 tahun dan bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah yang berhampiran dengan rumah. Hamidah Binti Sanan adalah ibu kepada saya dan adik - beradik saya. Beliau berumur 42 tahun juga . Beliau bekerja sebagai pegawai bank di salah satu cawangan bank di malaysia iaitu Agro Bank.
Saya mempunyai 3 orang adik beradik . Saya merupakan anak sulung yang mempunyai dua adik, seorang perempuan dan lelaki. Adik perempuan saya bernama A'ina Syazwani Binti Subhan. Dia berumur 16 Tahun. Adik bongsu saya yang bernama Muhammad A'ffan Syaqir Bin Subhan . Dia pula berumur 1 bulan 13 hari.
Saya telah menamatkan persekolahan di Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang ( SAMPP) Selangor. Saya menamatkan persekolahan dengan mendapat keputusan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan yang baik.
Lumrah bagi seorang pelajar dibangku sekolah, semestinya wujud puak-puak yang dibina . Tetapi berkawanlah dengan semua orang. Saya juga mempunyai 'geng' di bangku sekolah yang telah diberi nama 'Dino Fruitree' . Kami terdiri daripada 6 orang ahli. Antaranya, saya sendiri, Aqilah ( tudung maroon) , Izzah ( tudung unggu belacan) , Fazilah ( tudung coklat cair) , Ilyani (tudung hitam diantara fazilah dan izzah) dan juga Ain ( yang kecik molek itu).
Lalu saya menyambung pengajian di Kolej Uniti , Port Dickson , Negeri Sembilan. Saya mengambil
Jurusan Diploma Pengurusan Industri Halal . Kini saya berada di semester 2 .
Di Kolej Uniti ini juga telah wujudnya ikatan persahabatan . Pelbagai rakan dari pelbagai negeri dapat dikenali . Rakan serumah adalah rakan yang terapat ketika saya disini. Iaitu Ahli A207 atau kini lebih tepat C313, yang terdiri daripada 7 orang ahli .
Semoga impian kita semua untuk berjaya di dunia & akhirat akan tercapai.
love,
A'ina